ONLINE ORDER

Name:
Email Address:
Phone Number
Delivery Address
Customer Type Repeat Customer
First Time Customer
Order Detail ( Color , Size & Quantity)
Others (Special Request ) For Gift Box Request ADD RM5

This form powered by Freedback

Monday, April 5, 2010

TUTORIAL PART 1: Gaya Ala Siti


TUTORIAL
Shawl Ala Siti
(Ikuti teknik2 pemakaian tudung Ala Siti dengan menggunakan sehelai selendang/shawl)





Langkah 1: Untuk mendapatkan sanggul tinggi bagi membantu wajah kelihatan lebih bujur,gunakan sehelai selendang fabric getah. Fabric getah lebih sesuai digunakan kerana ia akan membantu sanggul kelihatan lebih natural dan ia juga lebih senang dililitkan kepada rambut.

Nota: Biasanya jika di Jalan TAR selendang fabric getah ni hanya dijual dengan harga RM5. Murah kan. -.-

Langkah 2: Rambut mestila diikat tinggi terlebih dahalu sebelum dililitkan dengan selendang. Lilit dengan kemas tau. Nanti tak terjatuh pula sanggul tu. ;p Ketinggian sanggul pula kenala pandai2 agak janganla tinggi sangat dan jangan la jatuh sangat.

Langkah 3: Pakai Anak Tudung Syria Dual Tone dari Butik QOMA (promote jap ;p). Untuk langkah ini, boleh pilih samada nak pakai anak tudung Syria dari mana2 design. Hasilnya tetap sama. Terpulang kepada kreativi masing2 ya.

Langkah 4: Untuk design Syria Dual Tone setelah dipakai bahagian belakang tu hendakla dilipat dan dibawa ke depan. (Oh ini part paling susah saya nak explain. Hope faham. Amin2.)

Langkah 5: Bila dah dibawa ke depan bolehla adjust ikut keselesaan dan gaya masing2. Nak yang biru cerah nampak lebih banyak atau sedikit terpulang ok. Boleh adjust.

Langkah 6: Taraa! Ha macam ni la hasilnya. eh2. Ok2. Tak siap lagi. Jangan keluar pakai macam ne plak. (Ehek melawak plak Qoma ne. Ok2. Sorry)

Langkah 7: Ok,ambil bahagian shawl yang paling hujung dan letakkan betul2 di tengah kepala. Ok. Bukanla tengah sangat. Lebih kurang ya. ;p


Langkah 8: Macam tu la kedudukan shawl tu. Pinkan dengan jarum peniti ye. Make sure kemas. Eh tapi jangan guna brooch pula. Jarum peniti je ye.

Langkah 9: Ok after pin boleh bawa bahagian yang panjang tu ke sebelah yang lagi satu. Tarik melintasi leher (eh betul ke ayat ne. -.-) dan adjust supaya terletak elok dekat bahagian pipi tu.

Langkah 10: Bawa shawl tu dan tindihkan dekat tempat mula2 kita pin tadi. Make sure kedudukan shawl untuk pipi belah kanan dan kiri balance ya.

Langkah 11: Bawa shawl tadi ke bawah. Waktu ni la boleh mula lebihkan bahagian yang nak dibuat ala2 Siti tu. adjust la ikut keselesaan dan citarasa masing2 ya labuh bahagian curve tu. ;)


Langkah 12: Bawa bahagian selendang tadi ke bahagian atas dan pinkan di tengah2 kepala.Sebelum pinkan biarkan selndang jatuh dengan natural supaya bila kita pin selndang tak nmpak macam terselak ke atas. (Harap2 faham. ;p)

Langkah 13: OK DAH SIAP!! Oh lupa. Kalau rasa longgar bolehla pakai keronsang di bahagian bawah leher tu.

Nota: Teknik ini cantik digayakan dengan shawl Dual/Triple Tone. Memang cantik. Sumpah! Tak tipu! ;)



:PREVIEW:




19 comments:

Mashii said...

waaaaaaaaaaaaa...terima kasih sbb share this tutorial...sgt teruja nak try ni..tp macam sgt susah jer...apasal byk sgt sgt ni????tq..tq..tq...

ButikQOMA said...

hahaha Mashi sumpah tak susah pun. 2 minit siap! Promise! banyak lagi neh style nak ajar. oh sungguh teruja! ;)

koko cokelat said...

weeee..cam best jek~~
mao try jugak la style nih~~
hohoho~~

putri said...

tq tq santeq sangat..
macam ner nak jd pengedar ni..
tak sabar aser...

HIJAB PARADISE said...

cantek la qoma!i will try this for sure!

teela said...

bleh tak nk tgk blakang dia mcm mana?

zack mypc mlk said...

ermm...im as a guy look muslime girl wearing hijab so sweet. also look sexy, and can be as a sex symbol. u know wat? guys love to see something big and round. understand?? thats way in kitab said ALLAH SWT will give laknat to all of u if u are wearing like this.

ButikQOMA said...

Amp: Guys love to see something big and round? By only saying that u kinda bring your reputation down to earth. Enough said we know already what kind of people u are. Seems like your mind is full with sex thingy. Pathetic.

Anonymous said...

KEREN ! :D

MizzDayana said...

wah! seronok! qoma, update la lagi tutorial. :))

Alia Syaza :) said...

eh? tu.. mcm kak fatin suhana jee?? hee.. but thanks 4 the tutorial... :D

Mr & Mrs Sallehudin said...

woww.. nice.. tp I takut sanggul tu tetibe jatuh.. huhu..

Unknown said...

Oh! 8s easy upanya..
hmm i'l try dis later..

thanx for sharing..

Faa Maryanne said...

nak tanye, sanggul tinggi tinggi ni bukan berdosa ke?. Haram kan. Lagipun dalam islam pun ada cakap. tapi kenapa mesti praktik kan lagi?

Fifi Hanie said...

myb die tak tau.

nurul suha'ada abdullah said...

tq.. kome nk try jugok ler..
haaa ta sabor kome nk try nie demaa..

Unknown said...

http://www.youtube.com/watch?v=6S9skYlj2R0&feature=relmfu

hayati said...

sedihnye,, dah terang2 dalam Al-quran ALLAH bg peringatan dan fesyen ini dilaknat oleh ALLAH SWT kerana menyerupai bongol2 unta dan sekaligus dapat menarik perhatian lelaki bukan mahram.

Anyway..fesyen sanggul tinggi ne sangat buruk.. macam kepala aien..

songforthelover said...

amp proline is right. lelaki mmg dijadikan dgn fitrah yg begitu(kalau dah tau sengaja tgk tu mmg lah). bonggol tu mmg nmpk cantik and sexy in a way.

letak 2 org perempuan.satu bonggol unta.satu biasa. mane satu will able draw people's attention. i sendiri pn find girls with bonggol ni sexy. haish.

dan tak takut ke tertambah saham awak klo ade org ngikut tutorial awk ni? i am aware that this post dah lame. but its still access-able. please remove this post.

Post a Comment