ONLINE ORDER

Name:
Email Address:
Phone Number
Delivery Address
Customer Type Repeat Customer
First Time Customer
Order Detail ( Color , Size & Quantity)
Others (Special Request ) For Gift Box Request ADD RM5

This form powered by Freedback

Monday, April 5, 2010

Bicara dari QOMA



Salam Sayang dari saya, Nurul Kamariah atau lebih mesra untuk dipanggil QOMA. :)
Terlahirnya post kali ini adalah untuk saya menjelaskan beberapa perkara berkaitan isu borong produk Syria dari butik kami.

Untuk entry kali ini saya akan jelaskan jawapan2 untuk soalan2 yang saya dah SANGAT penat nak jawab tapi saya masih cuba jawab. :) Terima kasih untuk yang bagi kerjasama sepenuhnya dan untuk yang tidak maaf dari saya tapi mungkin ada supplier lain di luar sana yang lebih memahami jiwa kamu.

Q: Kenapa lambat sangat nak jawab phone or reply sms?
A: Untuk pengetahuan semua saya bukanlah bekerja sepenuh masa di dalam bidang ini kerana saya masih ada segulung ijazah untuk saya dapatkan sebelum menceburi bidang ini sepenuh masa. Saya belajar di UNIRAZAK dengan tajaan penuh Bank Rakyat dan Yayasan Tunku Abdul Rahman. Maka adalah sangat SANGAT besar tanggung jawab saya mengekalkan CGPA saya pada tahap yang memuaskan dan dalam masa yang sama menguruskan butik saya di Raub. Maka adalah mustahil untuk saya menjawab sms/email/call setiap jam sekali atau pada mana2 kadar lain yang sangat laju. ;p

Q: Waktu mula2 ambil dulu cepat je dapat stok now kena tunggu lama.
A: Untuk keselesaan dan kualiti jahitan terjamin kami di QOMA's telah pun bertukar dari jahitan orang persendirian kepada Pusat Jahitan Professional di Giat Mara. Semua urusan penukaran tukang jahit ini dilakukan pada minggu lepas dan alhamdulillah setelah seminggu berhempas pulas untuk menghasilkan jahitan terbaik dan pilihan warna yang lebih banyak kesemua tukang jahit kami akhirnya telah memulakan kerja2 jahitan pada hari ini. Saya cuba sebaik mungkin untuk memastikan setiap tempahan yang telah dibuat pada minggu lepas dapat disiapkan sebelum hari Jumaat ini.

Q: Kenapa dah tak boleh pilih2 warna lagi? Susahlah macam ne.
A: Tak susah sebenarnya lagi senang. Saya tak perlu pening dan anda juga tak perlu pikir banyak dan boleh dapat stok 24 jam after bayaran dibuat. No more waiting days or name it as u like it. Dengan cara tempahan baru, semua pemborong akan diberi keistimewaan untuk memasuki blog khas yang akan kami wujudkan dalam masa terdekat. Blog itu akan diprivatekan dan hanya pemborong QOMA's yang diinvite untuk melihat update dan availability setiap jenis stok dan design . Kami akan perbanyak kombinasi warna sekurang2 30 kombinasi dan setiap stok adalah ready stok. Setiap pemborong boleh pilih mana kombinasi warna yang masih available sehingga cukup jumlah minima borong sebelum submit order dan kami bagi total keseluruhan. Tanpa membuang masa kami akan terus pack order anda kerana semua stok adalh ready made dan yang lebih penting anda sendiri yang menentukan warna pilihan anda tanpa perlu charge lebih atau menunggu lebih lama. Mudah kan? Urusniaga seakan2 belian retail tapi anda nikmatinya pada harga borong. :)

Q: Selain Jersey takde material lain ke?
Adaaaaaa.BERITA BAIK UNTUK SEMUA! Kami baru sahaja menawarkan material Lycra berkualiti tinggi. DAN DAN DAN kami juga bakal membekalkan inner Syria dari fabric Imported Cotton yang sangat2 berkualiti. Sangat sejuk dan lembut fabricnya. Nantikan!! Dengan himpunan warna2 menarik dan harga runtuh YANG PERTAMA di Malaysia anda lihat sendiri dan nikmati pulangan berganda hasil pelaburan anda!


Kami di QOMA's sentiasa menyokong para gadis dan wanita di luar sana untuk sama2 menceburi bidang perniagaan ini. GOOD LUCK!

NotaKaki 1: Untuk semua yang sudah membayar deposit dan placed your order last week jangan risau kami sudah pun mula menjahit tempahan anda. Maaf dari pihak QOMA untuk sebarang kesulitan dan saya secara peribadi berjanji kelewatan ini tidak akan berulang lagi setelah kami berjaya siapkan blog pemborong khas nanti. Bagi yang berminat menjadi pemborong, sila email sebarang pertanyaan ke theremaja@gmail.com

NotaKaki 2: Sekiranya ada sebarang persoalan tinggalkan di comment entry ini, saya akan cuba jawab dan sekurang2 nya mengelakkan mana2 pembaca bertanya soalan yang sama.

Salam Manis,
Nurul Qoma


3 comments:

eesyaheera said...

i paham u busy study. mesti pening dengan customer macam i tanya banyak benda :P. keep on working. :)

ButikQOMA said...

Sure Bunga.
It doesn't matter how many trillion of question yg u nak tanya as long as u sabar mnunggu jawapan sure it is ok with me. Customer kan nyawa sayee. ;p
cuma ada sesetengahnya yg tak boleh bersabar dan nak kita layan die tanpa pikir keadaan kita.
Tu yang susah.
Btw thanks dear 4 ur support!

farah afiqah said...

sis. i nak jadi pemborong.

Post a Comment